Notis Hak Cipta

Berikut adalah kriteria yang perlu difahami dan dipersetujui oleh pelawat Portal Kolej Komuniti Arau:

Hak cipta Portal Kolej Komuniti Arau dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Kolej Komuniti Arau kecuali dinyatakan sebaliknya. Sesetengah bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun dengan mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Kolej Komuniti Arau.