KOLEJ KOMUNITI ARAU

Kolej Komuniti ARAU

  • UTAMA
  • INFORMASI UMUM
    • + PERUTUSAN PENGARAH
    • + PENGURUSAN TERTINGGI
    • + SEJARAH PENUBUHAN
    • + CARTA ORGANISASI
    • + MISI DAN VISI
    • + PEO DAN PLO
    • + PELAN RISIKO
  • BAHAGIAN
    • + UNIT AKADEMIK
      • PRORAM TEKNOLOGI PEMPEROSESAN MAKANAN
      • PROGRAM TEKNOLOGI SENIBINA
      • PROGRAM FESYEN DAN PAKAIAN
      • PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK
      • PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT
      • UNIT PENGAJIAN AM
      • UNIT PENDIDIKAN BERTERUSAN
      • UNIT PEPERIKSAAN
      • UNIT LATIHAN INDUSTRI
      • UNIT JAMINAN KUALITI
      • UNIT LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF
      • UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIAL
    • + SOKONGAN AKADEMIK
      • UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR
      • UNIT KOLABORASI INDUSTRI DAN ALUMNI
      • UNIT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
      • UNIT MULTIMEDIA
      • UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT, KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN KORPORAT
      • UNIT PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
      • UNIT PENGURUSAN ASET
      • UNIT PENGURUSAN STOR
      • UNIT PENTADBIRAN AM DAN KEWANGAN
    • + LAIN-LAIN
      • UNIT PEMBANGUNAN PUSAT ISLAM
      • MARKET MAKER
      • IOC
      • PEMBELAJARAN DIGITAL
  • APLIKASI
    • + APLIKASI INTRANET
      • MAKLUMBALAS PELANGGAN
      • STACKS
      • PENJAWAPS
      • PENGURUSAN ASET
    • + APLIKASI INTERNET
      • MyGovUC
      • HRMIS 2.0
      • e-PENYATA GAJI
      • SISTEM MAKLUMAT STAF (eSIS)
      • SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN ASET (SPPA)
      • e-PEROLEHAN
      • e-PROFILING
    • + APLIKASI AKADEMIK
      • CCMS
      • CIDOS
      • MICROSOFT 365
  • SUMBER
    • + E-LIBRARY
    • + E-BOOK
    • + BERITA
    • + GALERI KK ARAU
  • IKLAN DAN PROMOSI
    • PSH
    • PENGAMBILAN
  • DIREKTORI
Poster Pengambilan KKA 2025
Dapatkan Surat Pra Tawaran : KLIK SINI
Puan Norsyarizaini
Hubungi
Puan Norsyarizaini
Pegawai Pengambilan
Kolej Komuniti Arau
WhatsApp Sekarang

KURSUS SEPENUH MASA

Sijil Teknologi Maklumat
Syarat Am Kemasukan1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
5. Satu (1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
6. Lulus Matematik
7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran,  fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Tempoh Pengajian4 semester

SINOPSIS

PdP program ini dijalankan dalam dua kaedah  iaitu secara teori dan amali. Menjelang akhir program ini, pelajar harus berpengetahuan dan praktikal untuk mengendalikan tugas berkaitan IT berdasarkan kursus yang telah mereka ambil. Ini akan membantu pelajar melaksanakan tugas mereka dengan cekap dalam persekitaran kerja. Program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan seperti Asas Matematik, Asas Pangkalan Data, Asas Pengaturcaraan, Seni Bina Komputer, Sistem Operasi, Analisis dan Reka Bentuk Sistem, Komunikasi Rangkaian dan Data, Keselamatan Siber, Perisian Aplikasi, Asas Elektrik dan Elektronik, Teknologi Rangkaian, Pentadbiran Pelayan, Pentadbiran Rangkaian, Pembaikan dan Penyelenggaraan Komputer, Aplikasi & Teknologi Mudah Alih,Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Inggeris Komunikatif, Keusahawanan, Bahasa Inggeris Tempat Kerja, Pengajian Malaysia dan Latihan Industri..

Sijil Teknologi Elektrik
Syarat Am Kemasukan1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
5. Satu (1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Tempoh Pengajian4 semester

SINOPSIS

Program Sijil Teknologi Elektrik (dahulunya dikenali Sijil Pemasangan Elektrik) direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi elektrik pada masa kini. Pelajar akan memperolehi pengetahuan dan latihan kemahiran berkaitan elektrik dan elektronik. Pelajar berkemanpuan untuk mengendalikan kerja-kerja pemasangan dan perkhidmatan berkaitan industri elektrik dan elektronik. Program ini menawarkan kursus teras Teknologi Elektrik, Alat Pengukuran, Peranti Semikonduktor, Sistem Digit, Lukisan Terbantu Komputer, Motor Elektrik Satu Fasa, Pemasangan Elektrik Satu Fasa, Motor Elektrik Tiga Fasa, Pemasangan Elektrik Tiga Fasa, Pengawal Logik Bolehaturcara, Sistem Automasi Bangunan, serta kursus Sistem Keselamatan dan Penyamanan Udara. Selain itu, kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga ditawarkan sebagai teras umum selain Matematik dan Sains. Pelajar juga akan didedahkan dengan elemen soft skills melalui kursus wajib yang menerapkan kemahiran insaniah dan pembelajaran kendiri melalui tugasan serta projek. Di samping itu, lulusan daripada program ini juga akan mempelajari teknik-teknik keusahawanan sebagai nilai tambah bagi menyahut cabaran dunia sebenar keusahawanan dalam bidang elektrik dan elektronik.

Sijil Teknologi Senibina
Syarat Am Kemasukan1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
5. Satu (1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Tempoh Pengajian4 semester

SINOPSIS

Program ini direka bentuk bertujuan memperkenalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang teknologi senibina. Kemahiran meggunakan perisian AutoCad, SketchUp dan Autodesk Revit akan didedahkan kepada pelajar selari dengan keperluan industri kini. Melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu anti akan dpat menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Program ini akan meningkatkan diri dari segi teknikal, kemahiran kendiri dan meluaskan set minda selari dengan komunikasi berkesan dan penyelesaian masalah dalam bidang senibina

More
Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan
Syarat Am Kemasukan1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
5. Satu (1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali)
Tempoh Pengajian4 semester

SINOPSIS

Program Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan (dahulunya dikenali Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan) merupakan program sepenuh masa yang ditawarkan selama dua tahun yang merangkumi tiga semester pengajian dan satu semester latihan industri. Program ini direka bentuk bagi mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri dalam menjadi pekerja separa mahir. Ianya meliputi kemahiran dalam bidang sains dan teknologi makanan, kawalan mutu makanan, pembungkusan makanan serta keusahawanan. Program ini mensasarkan graduan yang berupaya untuk memikul tanggungjawab, berfikiran kreatif dan inovatif sebagai tenaga separa mahir yang kompeten di dalam teknologi pemprosesan makanan bagi memastikan produk makanan negara berkualiti serta selamat untuk meningkatkan pendapatan negara. Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menjadi tenaga kerja separa mahir yang kompeten dalam teknologi pemprosesan makanan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri makanan. Antara pekerjaan yang berpotensi adalah pembantu makmal, penyelia asrama, pembantu penyediaan makanan, krew restoran makanan segera, penyelia pengeluaran makanan dan juga usahawan mikro industri kecil dan sederhana.

Sijil Fesyen dan Pakaian
Syarat Am Kemasukan1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
5. Satu (1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
6. Perlu lulus temuduga / hantar portfolio
7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Tempoh Pengajian4 semester

SINOPSIS

Program ini dibangunkan untuk merangkumi semua bidang utama dalam pengeluaran fesyen dan pakaian, termasuk reka bentuk, ilustrasi serta pembinaan pakaian. Kursus-kursus dijalankan di studio seni dan bengkel yang lengkap dengan pelbagai jenis peralatan melukis dan menjahit. Program ini tertumpu kepada aspek pengetahuan dan kemahiran mengendalikan mesin jahit, teknik menjahit, pemilihan bahan, warna dan tekstur. Bukan sahaja pengetahuan dan kemahiran teknikal, program ini juga membentuk para pelajar yang holistik dan bersahsiah tinggi melalui kursus-kursus seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Inggeris, Pengajian Malaysia dan Keusahawanan bagi membolehkan pelajar menceburi bidang tekno-usahawan dalam bidang teknikal.

Sijil Khas Pemprosesan Makanan
Syarat Am Kemasukan1. Warganegara Malaysia
2. Tamat Persekolahan Sekolah Menengah (17 Tahun ke atas) atau mempunyai Sijil Khas (Tahap 2)
3. Pemegang Kad OKU (Masalah Pembelajaran)
4. Menguasai 3M (membaca, menulis & mengira) bagi pelajar masalah pembelajaran dan perlu menjalani proses saringan
Tempoh Pengajian4 semester

SINOPSIS

Program Sijil Khas Pemprosesan Makanan direkabentuk untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan yang asas dan kemahiran yang tinggi dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri makanan. Struktur program ini merangkumi kursus teras disiplin iaitu Asas Kebersihan Diri dan Sanitasi, Asas Keselamatan dalam Bengkel, Pemprosesan Hasilan Bijian, Pemprosesan Hasilan Buah dan Sayur, Pemprosesan Hasilan Kekacang, Pemprosesan Roti, Pemprosesan Hasilan Ikan, Pemprosesan Produk Sejuk Beku, Pemprosesan Biskut, Pemprosesan Kek, Pemprosesan Pastri, Pemprosesan Hasilan Ayam dan Pemprosesan Hasilan Daging. Pelajar diwajibkan mengambil Kursus Pendidikan Islam/Moral, Asas Komunikasi, Ko-Kurikulum dan Asas Keusahawanan. Seterusnya, pelajar juga didedahkan dengan kursus teras disiplin iaitu Asas Aplikasi Komputer dan perlu mengambil kursus elektif bagi Khidmat Komuniti atau Asas Pembungkusan dan Pelabelan Makanan. Melalui kursus-kursus yang ditawarkan ini, pelajar dapat membina kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, keusahawanan, bersikap profesional dan bersedia secara sukarela menyumbang kepada masyarakat. Pelajar akan menjalani Latihan Industri pada semester akhir yang dapat memberi pendedahan dunia kerjaya yang sebenar. Latihan Industri ini penting sebagai persediaan untuk menjadi tenaga mahir yang diperlukan oleh industri pada masa akan datang.

BORANG MAKLUMBALAS PELANGGAN

MAKLUM BALAS

SCAN QR CODE INI UNTUK
SALURKAN ADUAN/
PERTANYAAN/ CADANGAN/
PENGHARGAAN ANDA!!.

TENDER DAN SEBUT HARGA

123

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TINGKAP SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI KOLEJ KOMUNITI ARAU

Tarikh Iklan24 Mac 2025
Tarikh Taklimat / Lawatan Tapak (jika perlu)27 Mac 2025 (9:00 pagi)
Tarikh Tutup07 April 2025 12:00 PM
Tempoh Sah Laku Sebut Harga60 hari
KementerianKementerian Pendidikan Tinggi
PTJKolej Komuniti Arau Perlis
No. SebuthargaKPT/KKA.Ps/SH06/2025
Tajuk Sebut HargaSebutharga Kerja-Kerja Penyelenggaraan Tingkap Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Kolej Komuniti Arau
PerihalSebutharga Kerja-Kerja Penyelenggaraan Tingkap Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Kolej Komuniti Arau
Kod BidangCIDB: G1, Kategori B, Pengkhususan B12 dan B24
Status PembekalKontraktor di Negeri Perlis Gred G1 yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai sjil SPKK yang mengikut kategori dan pengkhususan yang berkenaan.
Dokumen Sebut Harga Boleh DiperolehiBoleh diperolehi selepas selesai sesi taklimat dan lawatan tapak yang akan diadakan tarikh dan masa di atas di Dewan Afifi, Aras 4, Kolej Komuniti Arau, Jalan Tengku Budriah, Tambun Tulang, 02600 Arau, Perlis oleh pembida yang menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak serta mempunyai kelayakan dan pengkhususan yang telah ditetapkan.
Pegawai Untuk DihubungiEncik Mohamad Faiz Hamzal bin Ismail
Encik Shahabudin bin Md Isa
Tel: 04-9869800
Fax: 04-9761708

Tarikh Iklan
Tarikh Taklimat / Lawatan Tapak (jika perlu)
Tarikh Tutup
Tempoh Sah Laku Sebut Harga
Kementerian
PTJ
No. Sebutharga
Tajuk Sebut Harga
Perihal
Kod Bidang
Status Pembekal
Dokumen Sebut Harga Boleh Diperolehi
Pegawai Untuk Dihubungi

Tarikh Iklan
Tarikh Taklimat / Lawatan Tapak (jika perlu)
Tarikh Tutup
Tempoh Sah Laku Sebut Harga
Kementerian
PTJ
No. Sebutharga
Tajuk Sebut Harga
Perihal
Kod Bidang
Status Pembekal
Dokumen Sebut Harga Boleh Diperolehi
Pegawai Untuk Dihubungi
  • Jln Tengku Budriah, Tambun Tulang, 02600 Arau, Perlis
  • 04-986 9800
  • 04-986 1708
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Lot 7,8,9 & 10, Blok B, Kompleks Niaga PKENPs, Jalan Raja Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis.
  • 04-976 4188
  • 04-976 4189
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  •      kolejkomunitiArau
  •   kolejkomunitiArau
  •    kolejkomunitiArau
  •   kolejkomunitiArau
  • Forgot your username?
  • Forgot your password?

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat | Notis Hak Cipta
Copyright © 2020 Kolej Komuniti Arau (KKA)

Ke Atas