PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Kolej Komuniti Arau dan Kolej Komuniti Cawangan Kangar merupakan institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang memberi fokus kepada kemahiran TVET melalui kursus sepenuh masa dan kursus pendek. Kami komited dalam membudayakan kemahiran TVET melalui program yang ditawarkan. Pengalaman dan kepakaran tenaga pengajar selama 20 tahun membuktikan komitmen kami dalam melahirkan pelajar berkemahiran. Kursus sepenuh masa seperti Program Teknologi Elektrik, Teknologi Senibina, Teknologi Maklumat, Teknologi Pemprosesan Makanan, serta Fesyen dan Pakaian relevan dengan keperluan semasa pasaran tenaga kerja.

Kecemerlangan pelajar adalah matlamat utama kami. Kami percaya setiap pelajar mempunyai potensi untuk mencapai kejayaan dalam akademik dan kokurikulum. Inisiatif kami termasuk program akademik yang komprehensif dan relevan, bimbingan dan kaunseling, aktiviti kokurikulum dan kepimpinan, serta elemen pasaran kerja dan keusahawanan. Kami sentiasa mengemaskini kurikulum dan menyediakan perkhidmatan bimbingan untuk membantu pelajar menghadapi cabaran. Kami juga menjalankan program latihan kemahiran, bengkel kerjaya, dan pameran pekerjaan untuk mempersiapkan pelajar memasuki pasaran kerja serta menyediakan kursus keusahawanan untuk yang berminat memulakan perniagaan.

Pembangunan tadbir urus yang baik adalah asas kejayaan kami. Kami komited untuk memastikan tadbir urus yang telus, efisien, dan bertanggungjawab. Langkah-langkah telah diambil untuk memperkukuh sistem pengurusan termasuk peningkatan kemudahan fizikal dan teknologi di kampus. Kami juga memberi penekanan kepada pembangunan profesional staf melalui program latihan dan kursus berkala. Dengan komitmen ini, kami yakin Kolej Komuniti Arau dapat terus berfungsi sebagai institusi yang cemerlang seiring  dengan IR 4.0.

Kami yakin dengan iltizam dan komitmen tenaga kerja, kami dapat memastikan semua Key Performance Indicator (KPI) mencapai 100% setiap tahun. Dengan usaha ini, kami percaya setiap pelajar di Kolej Komuniti Arau akan mencapai potensi penuh mereka dan menjadi individu cemerlang serta berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

 

Rosnizam Bin Kamis
Pengarah
Kolej Komuniti Arau