SEJARAH PENUBUHAN

Kolej Komuniti Arau, Perlis (KKAP) ditubuhkan pada 12 Jun 2001 dengan menjalankan dua (2) kursus sepenuh masa iaitu Sijil Pelukis Pelan Senibina dan sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan). Pada awal penubuhan, KKAP menumpang beroperasi di Sekolah Menengah Teknik Arau, Perlis sementara menantikan bangunan tetap di Tambun Tulang, Perlis untuk siap. Pada bulan November 2005, KKAP telah berpindah ke bangunan tetap di Jalan Tengku Budriah, Tambun Tulang, Arau. Pada masa itu, KKAP menjalankan tiga (3) lagi kursus sepenuh masa iaitu Sijil Komputer dan Sokongan, Sijil Fesyen dan Pakaian dan Sijil Pemprosesan Kawalan Mutu Makanan.

Namun pada 18 April 2018, Kolej Cawangan Kangar telah ditubuhkan dengan melaksanakan program Sijil Teknologi Elektrik. Di samping itu juga, penubuhan Kolej Komuniti Arau dan Kolej Komuniti Cawangan Kangar juga adalah bagi memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan tenaga mahir.

Selain kursus sepenuh masa, KKAP juga menawarkan kursus-kursus pendek di bawah Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Kursus pendek disediakan untuk manfaat komuniti bagi meningkatkan kemahiran (upskilling), melatih semula tenaga manusia (reskilling), menambahkan pengetahuan, memberi nilai tambah kepada produk/perkhidmatan dan lain-lain lagi. KKAP merupakan hab pembelajaran sepanjang hayat yang ditubuhkan untuk memenuhi aspirasi kerajaan untuk memudahkan komuniti akses kepada pendidikan.

 Program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Arau :

  1. Sijil Teknologi Senibina
  2. Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian
  3. Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
  4. Sijil Fesyen dan Pakaian

 Program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Cawangan Kangar :

  1. Sijil Teknologi Elektrik