SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN

PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVE (PEO)

 Certificate in Information Technology shall produce IT Technical Support who are:

PEO1 : Computer Technician who apply basic knowledge and understanding to solve problems in Computer System and Network fields

PEO2 : Computer Technician who able to perform practical skill in Computer System and Network fields efficiently.

PEO3 : Computer Technician who apply digital and numeracy skill in related field with appropriate tools to the current needs.

PEO4 : Computer Technician who integrate interpersonal and communication skill to show leadership, autonomy, responsibility to work in a team due to situation needs

PEO5 : Computer Technician who able to show personal and entrepreneurial awareness with ethic and professionalism

 

PROGRAMME LEARNING OUTCOME (PLO)

Upon completion of this programme, students should be able to:

PLO1 : Apply basic knowledge and understanding of fundamental fact, concept, principal, theory in Computer System and Network Fields.

PLO2 : Apply information technology knowledge to design, develop and program in computer system and networking problem solving.

PLO3 : Practice computer skills to redesign and rebuild based on computing problem solving.

PLO4 : Show ability to use digital and numeracy skills in interpreting data to solve problems in digital world technology.

PLO5 : Demonstrate interpersonal and communication skills with effective verbal and nonverbal to suit social community.

PLO6 : Practice leadership, autonomy and responsibility to adequate team goals in computer system and networking field.

PLO7 : Demonstrate an awareness of personal and entrepreneurship skills towards digital era.

PLO8 : Demonstrate the ability to practice ethics and professionalism in Computer System and Networking field towards career development.

 


  SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN

 OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN (PROGRAMME EDUCATIONAL OBEJCTIVES - PEO)

 Program Sijil Fesyen dan Pakaian dapat menghasilkan pengamal fesyen yang:

1.   Mengaplikasi pengetahuan dan pemahaman serta berkebolehan menyelesaikan masalah dalam industri fesyen.

2.   Menunjukkan kemahiran praktikal di dalam bidang fesyen dan pakaian serta mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

3.   Menunjukkan kemahiran menggunakan teknologi digital dan numerasi  serta mengamalkan kerja berpasukan dalam menjalankan tanggungjawab sosial.

4.   Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dengan menerapkan nilai etika dan profesionalisme dalam industri fesyen.

 

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PROGRAMME LEARNING OUTCOMES - PLO)

 Pada akhir pembelajaran program ini, pelajar dapat:

HPP1 : Menggunakan pengetahuan serta pemahaman dalam industri fesyen dan pakaian

HPP2 : Mengaplikasi kemahiran menyelesaikan masalah dengan menggunakan teknik yang sesuai dalam bidang fesyen dan pakaian

HPP3 : Menghasilkan produk fesyen dengan menggunakan alat dan bahan serta kemahiran teknikal yang komprehensif.

HPP4 : Menunjukkan komunikasi yang berkesan dan kemahiran interpersonal dalam menyampaikan idea dan maklumat dalam bidang fesyen dan pakaian.

HPP5 : Mengaplikasikan teknologi digital yang bersesuaian untuk menghasilkan visual grafik dalam pembentangan.

HPP6 : Menunjukkan kualiti kepimpinan yang berkesan untuk menguruskan isu dan cabaran dalam persekitaran kerja.

HPP7 : Menunjukkan kemahiran keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat untuk kemajuan kerjaya.

HPP8 : Menunjukkan kemahiran sosial, kebertanggungjawab dan profesionalisme untuk kesejahteraan masyarakat dan pihak berkepentingan.

 


 SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA

 OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN (PROGRAMME EDUCATIONAL  OBEJCTIVES - PEO)

1. Mampu untuk mengaplikasikan pengetahuan secara kreatif dan inovatif serta mampu menganalisa, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara signifikan dalam kerja-kerja          teknologi senibina.

2. Berkebolehan untuk menunjukkan kemahiran teknikal dengan menggunakan teknologi digital yang menepati kehendak industri semasa sebagai pemudah cara dalam kerja-kerja teknologi      senibina.

3. Berkebolehan untuk menunjukkan kemahiran berkomunikasi secara efektif, bertanggungjawab dalam tugas secara individu atau berpasukan serta boleh memberi panduan kepada                  masyarakat dalam menyelesaikan masalah berkaitan.

4. Mampu untukmengamalkan etika dan profesionalisme, mempunyai kemahiran keusahawanan serta pengurusan dalam pembelajaran sepanjang hayat untuk perkembangan kerjaya.

 

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PROGRAMME LEARNING OUTCOMES - PLO)

HPP1 : Memiliki pengetahuan asas teknologi berkaitan prosedur dan amalan rutin dalam bidang teknologi senibina. 

HPP2 : Mencadang dan menggunakan peralatan dan teknik terkini dalam menyelesaikan masalah rutin.

HPP3 : Menjalankan penyiasatan asas dan kemampuan berfikir yang signifikan untuk menyelesaikan masalah rutin dalam bidang teknologi senibina.

HPP4 : Berkomunikasi dan menerangkan tugasan mudah di dalam situasi amalan biasa dan keperluan segera.

HPP5 : Menunjukkan kefahaman terhadap isu-isu kemasyarakatan dan tanggungjawab berkaitan amalan rutin teknologi.

HPP6 : Mengenalpasti keperluan pembangunan kerjaya dan penglibatan dengan pembelajaran sepanjang hayat.

HPP7 : Menunjukkan kesedaran pengurusan dan rutin keusahawanan tekno dalam perspektif sebenar.

HPP8 : Menzahirkan kesedaran berkaitan etika dan profesionalisme.

HPP9 : Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dan kecekapan bekerja dalam pasukan teknikal.

 


 SIJIL PEMPROSESAN & KAWALAN MUTU MAKANAN

 OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN (PROGRAMME EDUCATIONAL  OBEJCTIVES - PEO)

1. M engaplikasikan pengetahuan dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan.

2.  Mempamerkan kemahiran teknikal, kemahiran teknologi digital dan menunjukkan kemahiran kuantitatif dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan.

3. Mempamerkan kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal serta ciri kepimpinan di dalam kumpulan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan budaya dalam                    memperkasa pembelajaran sepanjang hayat.

4.  Membudayakan pembangunan kendiri, pemikiran keusahawanan dan mematuhi etika kerja dan profesionalisme dalam komuniti dan pihak berkepentingan.

 

 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PROGRAMME LEARNING OUTCOMES - PLO)

HPP1 : Menjelaskan pengetahuan asas, teori, prinsip dan konsep dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan.

HPP2 : Mengaplikasi kemahiran menyelesaikan masalah berkaitan tugas dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan.

HPP3 : Mempamerkan kemahiran teknikal berdasarkan skop kerja yang diperlukan dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan.

HPP4 : Menghubung kait kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal secara berkesan terhadap individu atau secara berkumpulan dalam bidang  pemprosesan dan kawalan mutu                   makanan.

HPP5 : Mempamerkan keupayaan menggunakan teknologi digital dan kemahiran kuantitatif dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan.

HPP6 : Menghubung kait keupayaan menjalankan tugas dengan ciri kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan.

HPP7 : Mengamalkan pembelajaran kendiri dan minda keusahawanan dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan.

HPP8 : Mengamalkan kebolehan untuk patuh kepada etika dan profesionalisme kerja dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan.

 


SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK

 OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN (PROGRAMME EDUCATIONAL  OBEJCTIVES - PEO)

1.  Menjadi juruteknik dalam bidang elektrik dan elektronik selari keperluan semasa dan hasrat negara.

2. Melibatkan diri secara berterusan dalam aktiviti peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kerjaya secara dinamik.

3. Memberi sumbangan kepada masyarakat dengan penuh tanggungjawab serta beretika.

4. Melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan keusahawanan atau aktiviti bercirikan Inovatif.

  

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PROGRAMME LEARNING OUTCOMES - PLO)

 HPP1 : Memiliki pengetahuan asas teknologi berkaitan prosedur dan amalam rutin bidang pengajian.

HPP2 : Mengaplikasi penggunaan peralatan dan teknik terkini dalam menyelesaikan masalah rutin.

HPP3 : Menjalankan kajian menerusi pemikiran kritis dalam menyelesaikan masalah rutin bidang pengajian.

HPP4 : Menerangkan tugasan mudah di dalam situasi amalan biasa dan keperluan segara menerusi komunikasi.

HPP5 : Menunjukkan kefahaman terhadap isu-isu kemasyarakatan dan tanggungjawab berkaitan amalan rutin teknologi.

HPP6 : Mengenalpasti keperluan pembangunan kerjaya dan penglibatan dalam pembelajaran sepanjang hayat.

HPP7 : Menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan dan keusahawan tekno dalam perspektif sebenar.

HPP8 : Menzahirkan kesedaran berkaitan etika dan profesionalisme.

HPP9 : Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan serta kecekapan bekerja dalam pasukan teknikal.