KOLEJ KOMUNITI ARAU PERLIS

SYARAT & PANDUAN

PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2022

SYARAT PERTANDINGAN

  1. 1. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar dan tenaga pengajar Kolej Komuniti, Politeknik, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Kemahiran MARA , GIAT MARA dan sekolah-sekolah di dalam Negeri Perlis sahaja.
    2. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan (maksimum 3 peserta).
    3. Kos projek adalah tanggungan peserta.
    4. Telah mendaftar penyertaan PRINTIS 2022 dalam tempoh pendaftaran bermula 19 SEPT – 02 OKT 2022.
    5. Memuat naik Video, Laporan dan Poster Inovasi dalam website PRINTIS 2022 mulai 10 – 21 OKTOBER 2022 .
    6. Nama yang akan tertera di dalam sijil adalah berdasarkan ejaan dan turutan semasa pendaftaran.
    7. Ahli Kumpulan adalah terdiri daripada institusi yang sama.
    8. Sebarang perubahan tajuk inovasi, nama peserta serta ahli kumpulan adalah tidak dibenarkan selepas pendaftaran.
    9. Sesuatu rekacipta / inovasi mestilah bersifat baharu. Bagi projek inovasi yang telah dipertandingkan dan memenangi sebarang anugerah mesti melakukan pengubahsuaian ke atas projek berkenaan. Penyesuaian produk yang sedia ada dapat diterima selagi penambahbaikan itu berlaku sama sekali baharu.
    10. Idea projek mesti asli dan tidak pernah dikomersialkan, dipaparkan atau dikemukakan ke mana-mana sektor pembuatan.

 

PANDUAN PERTANDINGAN

 

BIL PERKARA PANDUAN TINDAKAN
  1. 1
Pendaftaran 1.1 Peserta perlu mendaftar sebagai pengguna secara atas talian dan melengkapkan permohonan penyertaan PRINTIS 2022

1.2 Penghantaran Tajuk dan Abstrak perlu lengkap


1.3 Permohonan ditolak sekiranya:
  1. 1.3.1 Terdapat tajuk yang hampir sama
    1.3.2 Abstrak tidak lengkap
    1.3.3 Penyertaan melebihi 3 orang
Ketua Kumpulan
  1. 2
Video Pembentangan 2.1 Kos penyediaan video adalah tanggungjawab peserta

2.2 Durasi Video maksimum adalah 10 minit

2.3 Boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris

2.4 Video perlu disimpan sebagai Nombor Pendaftaran dan diikuti Tajuk Inovasi,
Contoh: A122001 : EVO FENCE
  1. A

    Skop Bidang- A/B/C/D/ E

    1

    1 - Pelajar 2-Tenaga Pengajar

    22

    Tahun 2022

    001

    No Kumpulan

Peserta akan muat naik video di
rangkaian You Tube dengan tetapan
Private dan share to email yang akan diberi mengikut skop bidang yang dipertandingkan.
  1. 3
Laporan Inovasi 3.1 Rujuk format Laporan Inovasi yang dilampirkan

3.2 Laporan Inovasi perlu disimpan sebagai No Pendaftaran dan diikuti Tajuk Inovasi,
Contoh: A122001 : EVO FENCE
Peserta akan muat naik di laman web PRINTIS 2022 dengan menggunakan ID dibahagian Muat Naik Laporan Inovasi
  1. 4
Poster Inovasi 4.1 Rujuk format Poster Inovasi yang dilampirkan

4.2 Poster Inovasi perlu disimpan sebagai No Pendaftaran dan diikuti Tajuk Inovasi,
Contoh: A122001 : EVO FENCE
Peserta akan muat naik di laman web PRINTIS 2022 dengan menggunakan ID dibahagian Muat Naik Poster Inovasi
  1. 5
Penilaian Inovasi 5.1 Semua urusan penilaian pertandingan inovasi akan dilaksanakan secara atas talian
  1. Bil

    Perkara yang dinilai

    Pemarkahan

    1

    Video pembentangan

    50%

    2

    Laporan Inovasi

    30%

    3

    Poster Inovasi

    20%

Pemarkahan adalah berdasarkan :
-Keaslian produk
-Kreativiti
-Kemampuan persembahan
-Kegunaan produk
-Kekemasan produk