KOLEJ KOMUNITI ARAU PERLIS

PRINTIS 2022

PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2022

MAJLIS PENUTUP PRINTIS 2022

MAJLIS PENUTUP PRINTIS 2022

PERTANDINGAN INOVASI INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 2022 (PRINTIS 2022)

Konsep inovasi adalah suatu perubahan untuk menuju ke arah penambahbaikan yang berbeza dari segi pendekatan, kaedah dan peralatan dengan sebelumnya. Inovasi dibuat dan dirancang secara teliti untuk menghasilkan idea yang memberi impak tinggi terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan. Inovasi juga merupakan hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.


Sehubungan dengan itu, Program Pertandingan Inovasi Institusi Pendidikan Negeri Perlis 2022(PRINTIS 2022) merupakan program yang bertujuan mencungkil idea inovasi di kalangan pelajar serta pensyarah. Produk inovasi yang relevan dan memberi impak yang tinggi melalui pertandingan ini akan dinilai oleh para juri seterusnya boleh dihantar memasuki peringkat pertandingan inovasi yang lebih tinggi seperti seperti ICOMPEX, IDEA, PERISA, dan sebagainya.

 

Bilangan Pengunjung web:

Objektif

i. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar dan tenaga pengajar institusi-institusi pendidikan di negeri Perlis menghasilkan produk inovasi yang memberi impak yang tinggi kepada masyarakat.

ii. Mewujudkan semangat kerjasama berpasukan di antara pelajar dan pensyarah dalam menghasilkan idea inovasi.

iii. Sebagai medium latihan kepada pelajar dan pensyarah membentangkan projek inovasi masing-masing sebelum memasuki pertandingan inovasi ke peringkat yang lebih tinggi.

iv. Menjalinkan kolaborasi bersama institusi pendidikan di Negeri Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis.

v. Mempertingkatkan aktiviti Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di seluruh sekolah di negeri Perlis.

Sila klik poster untuk muat turun.

POSTER PRINTIS 2022

YURAN PENDAFTARAN PERCUMA 100 PENYERTAAN TERAWAL!

Pertandingan terbuka kepada semua tenaga pengajar dan pelajar Institusi Pendidkan Negeri Perlis sahaja.
Tema pertandingan ialah “INOVASI PENGGERAK  KOMUNITI DIGITAL”

PENDAFTARAN

TARIKH–TARIKH PENTING

15 Ogos-19 September 2022

Pendaftaran dan penghantaran abstrak inovasi dilanjutkan ke 19 September 2022

 

19 September-7 Oktober 2022

Penghantaran Poster, Video dan Laporan Inovasi secara atas talian (online) dilanjutkan ke 9 Oktober 2022

 

11 Oktober-21 Oktober 2022

Sesi Penjurian secara atas talian

 

1 November 2022

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah

ANJURAN BERSAMA

Copyright © All rights reserved | This template is made with by