UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT, KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN KORPORAT

UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT, KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN KORPORAT

 

PENGENALAN

 

Unit Pengurusan Maklumat, Komunikasi dan Hubungan Korporat   diketuai oleh Ts. Haninah binti Ismail selaku Timbalan Pengarah Pengurusan, dibantu oleh Pegawai Penerangan terbahagi kepada 3 jawatan kuasa iaitu Promosi dan Lawatan, Pengurusan Rekabentuk dan Penerbitan serta Pengurusan Laman Web. 

Unit ini berperanan sebagai penghubung antara kolej, masyarakat dan industri dalam memperkenalkan program serta inisiatif kolej. Unit ini turut bertanggungjawab mempromosikan pencapaian kolej, meningkatkan imej dan keterlihatan institusi, menyokong dasar dan visi kolej melalui strategi komunikasi berkesan serta membina kepercayaan awam dengan penyampaian maklumat yang tepat dan berautoriti.

Unit ini menjalankan tugas- tugas seperti berikut:

1) Menyelaras promosi dan lawatan.

2) Menyelaras kandungan media sosial.

3) Pengurusan rekabentuk dan penerbitan.

4) Pengurusan kandungan laman web kolej.

5) Menjalankan pengurusan perhubungan awam, pusat sumber dan ICT.

 

CARTA ORGANISASI